Sebenarnya nak sambung balik cerita semalam trip ke langkawi....walaupun dah banyak sangat blogger share percutian di Langkawi, aku tetap ler nak cerita gak untuk aku refer masa akan datang....Percutian ni pada mulanya memang tak dirancang pon, tapi since banyak sangat godaan dari syarikat penerbangan bagi tambang murah untuk tahun ni, aku pon turut terpengaruh...Diorg dok hari-hari bagi promotion cuti kat dalam dan luar negara...Maka adalah menjadi kerugian kalau aku tak join...hehe..
Hari2 godek-godek semua website flight ni..dari airasia,mas,malindo,fireflyz,berjaya air...last2 aku jumpa tarikh yang sangat le sesuai which fall on my birthday..hehe..bila lagi nak treat diri sendiri... kebetulan pulak harga yang aku pergi dan balik tu sangat-sangat la berbaloi...RM26 untuk pergi dengan airasia dan balik RM35 dengan fireflyz...ohoho..x payah la aku nak pergi ke kedah naik bas and then naik lagi feri...tu pun dah amik masa sehari which is terpaksa korbankan annual leave aku...no..no..bila aku naik flight ni, aku dah dapat penjimatan berganda masa dan duit..
Aku bertolak dari Shah Alam naik komuter, berenti kat KL sentral tukar plak naik bas skyline yang direct ke LCCT..flight pukul 6.55 ptg so aku bajet pergi dalam pukul 2 petang camtu....sampai2 komuter terpaksa gak aku tunggu train kejap sebab dah terlepas yang sebelumnya...aku dah cuak gak takut2 gak sebab walaupon dah estimate masa sampai ke aiport tapi bila naik airasia ni kena hati-hati sikit...tak pasal2 gate close nanti...
Sampai LCCT dalam pukul 4.30..pergh..ada 2 jam lagi nak tunggu flight...so, makan-makan dulu kat food court aiport..Dalam pukul 6 pm camtu aku masuk...punya la ramai giler manusia kat sana sampai takde tempat duduk...
|
lcct | | |
Finally, gate buka dalam pukul 6.40 petang..Aku pon dah tak sabar-sabar nak sampai ke Langkawi ni...
| | |
boarding time..yihuu.. |
| | | |
|
|
|
Flight ke Langkawi dalam 1 jam...sampai dalam pukul 7.45 pm..sebelum naik flight dah siap-siap call kat pakcik yang aku book kereta sewa kat Langkawi...
|
Langkawi International Aiport |
|
Sampai sana, aku blur sikit..dah la malam and since aku first time sewa kereta melalui calling ni, aku pon tak pasti sistem yang diorg gunakan..Yang tunggu kat sana punya la ramai agen kereta sewa..aku pon try call pakcik yang aku sewa tu, dia boleh pass pulak nombor member dia nama wan...bila aku try call wan, dia boleh suruh aku tunggu skejap sebab ada masalah sikit dengan kereta... Since agen-agen ni approach dan claimed diorg ni dari group yang sama, bertambah lagi konfius..but aku decide untuk tunggu sementara si wan ni datang...dalam 10 minit camtu, barulah agen aku ni datang...tu pon bukan wan sbb aku tengok kat resit nama dia eddy...aku dah malas nak tanya macam2 sebab macam slow giler sistem diorang ni..aku sewa kereta viva auto...2 hari RM120....pas dapat kunci, aku cepat-cepat blah...waktu tu dah pukul 8.30 mlm..kang tak sempat pulak aku nak check in hotel...dah gelap ni kang susah plak nak cari jalan....
uhuhuhu...punya la susah cari hotel ni sebab dia kat hujung simpang...banyak sangat hotel kat Pantai Chenag ni..aku tanya banyak org..last sekali ada pakcik tu cakap hotel ni masuk kat simpang McDonald sbelah Under Waterworld...baru la rasa lega sbb dah plan nak sewa kat hotel lain kalau tak jumpa gak...
Pas check in, aku terus masuk bilik and mandi sekejap...tak sabar nak explore hotel ni since belakang dia adalah laut...dengar je ombak memanggil2..and aku bernasib baik sebab bilik yang aku menginap ni kat tingkat bawah...
|
bilik selesa gak-rm80 je smlm |
Tapi, sebenarnya aku tak berani nak pegi dekat dengan laut malam2...tambahan pulak hotel yang aku sewa ni kira bahagian hujung-hujung pantai Cenang, so tak nampak la org bersidai kat tepi pantai malam2 ni...tak sure pulak kalau waktu siang-siang sbb esok nya aku tak sempat nak explore pun pantai ni di siang hari..
Aku sambung tengok kat kedai-kedai sepanjang jalan kat Pantai Cenang ni...kat situ baru banyak pelancong..aku pon cari-cari pakej untuk island hoping dan cable car untuk aktiviti esok..crita tuk island hoping ni aku sambung nanti je la...tak sangka penat gak menaip ni kan...hehe...